Datuk Ramanan, Ahli Jawatankuasa Disiplin MIC Termuda

Datuk Ramanan, Ahli Jawatankuasa Disiplin MIC Termuda

Datuk Ramanan Ramakrishnan, Bekas Bendahari Agung MIC telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa disiplin MIC pada 24 Jun 2014. Perlantikan ini menyaksikan satu perlantikan yang bersejarah buat MIC kerana Datuk R. Ramanan telah pun menjadi AJK Disiplin termuda di dalam parti.

Datuk R. Ramanan
Datuk Ramanan Ramakrishnan

Ketika ini, jawatan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin disandang oleh Tan Sri KS Nijhar, manakala Datuk Rhindar Singh dan Prakash Rao adalah individu dari AJK yang ditugaskan untuk mengendalikan masalah-masalah disiplin di dalam parti.

Pelantikan Ini Adalah Satu “Comeback” Buat Datuk Ramanan

Seperti sumber yang dipercayai, penyertaan Datuk R. Ramanan sebagai ahli yang aktif memegang jawatan penting di dalam parti adalah satu perkara yang baik. Hal ini kerana penyertaan ini dilihat sebagai satu “comeback” buat Datuk Ramanan selepas berakhirnya isu yang mencetuskan kontroversi dengan seorang pakar psikiatri ada Januari lalu.

Sebelum ini Datuk R. Ramanan mengambil tindakan melepaskan jawatan Beliau demi menjaga maruah diri dan juga untuk memberikan lebih fokus kepada kes mahkamah yang dihadapi beliau. Ianya adalah satu langkah drastik yang diambil Datuk R. Ramanan demi memastikan reputasi parti tidak tercalar disebabkan oleh mana-mana pihak yang mengambil peluang untuk memburukkan keadaan dan menimbulkan propaganda.

Sewaktu pelantikan ini dibuat, Datuk Ramanan adalah Pegawai Khas kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Profil Datuk Ramanan

Sedikit informasi tentang profil Datuk Ramanan, Beliau adalah seorang individu yang lantang bersuara dalam mencabar kredibiliti parti DAP sejak tahun 2008 lagi. Pemimpin berjiwa rakyat ini giat menyertai aktiviti-aktiviti sosial dalam memperjuangkan nasib ahli-ahli parti MIC dan juga masyarakat secara amnya. Bekas aktivis dan Naib Pengerusi Strategik MIC ini adalah cucu kepada Tan Sri Dr. Devaki Krishnan, wanita pertama di Malaysia yang menjadi penjawat awam setelah memenangi kerusi Majlis Perbandaran pada tahun 1952.

Lagi artikel berkaitan Datuk Ramanan Ramakrishnan:

Datuk R. Ramanan Memperjuangkan Nasib Mangsa Skim Ponzi

Datuk R. Ramanan Mengulas Tentang Kad APEC

Datuk R. Ramanan Puji Jabatan Kastam Kerana Inisiatif Kad APEC